Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2025
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2025 telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak yang komited dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan institusi pendidikan agama.
Program ini melibatkan Glide Marine, Glide Technology, DWR Services, Triemach, Hyper Formula, EV Marine, MNG, Aspire GT, PME dan M Tech Metro. Kerjasama semua pihak telah memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Dato’ Muhazli dan Encik Hasnizan, pihak penganjur, Tuan Mohd Hilmi Isa selaku penaja, serta para sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga dan sokongan sepanjang pelaksanaan program.
Program ini telah memberi manfaat kepada Madrasah yang terlibat serta memupuk nilai-nilai murni seperti keprihatinan, kerjasama dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan semua pihak.
Diharapkan jalinan kerjasama yang terjalin melalui program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan bersama. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Dec 29,2025