Malaysian Palm Oil Board

📌Semalam MPOB dan Glide Technology Sdn. Bhd. telah mengikat perjanjian pengkomersialan minyak transformer berasaskan sawit dalam satu majlis di Bangi.
 
📌 Kerjasama ini dilihat dapat memanfaatkan sumber minyak sawit untuk menghasilkan produk minyak transformer yang memenuhi piawaian global mengambil kira aspek kemampanan dan teknologi hijau.
 
📌 Teknologi minyak transformer hasil penyelidikan MPOB bukan sahaja mesra alam kerana bersifat terbiodegradasi, tetapi turut memenuhi keperluan industri tenaga global.
 
📌 Kerjasama ini juga selaras dengan aspirasi Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) dalam menyokong agenda pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan kemampanan dan inovasi.
 
📌 Sewaktu memeterai perjanjian, MPOB diwakili oleh Ketua Pengarah Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Timbalannya (Perkhidmatan) Dr.Ramle Moslim, manakala Syarikat Glide diwakili oleh Dato' Hj. Muhazli Muhamad Presiden Kumpulan Syarikat Glide, dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Glide En. Simon Mathew.
 
📌 Upacara menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Kumpulan Syarikat Glide.

Aug 28,2025