Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM

Majlis Perasmian Bilik Pintar Glide, Bilik Virtual Reality, Inkubator Pusat Servis Kenderaan FKMP PROTEAM dan Pantri di Fakulti Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) UTHM.
 
Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM pada hari ini telah hadir menyempurnakan perasmian Bilik Pintar Glide, Bilik Virtual Reality, Inkubator Pusat Servis Kenderaan FKMP PROTEAM dan Pantri.
 
Turut hadir, Dato’ Hj Muhazli bin Hj Muhamad, CEO Glide Technology Sdn. Bhd. dan Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM.
 
Tujuan menaik taraf ruang melalui sumbangan institusi luar ini amat penting bukan sahaja untuk memberi suasana yang lebih kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah untuk menggalakkan lagi libatsama pihak korporat/industri di dalam sektor pendidikan tinggi memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
 
Majlis ini juga turut diadakan bagi merasmikan Bilik Virtual Reality, Inkubator Pusat Servis Kenderaan FKMP dengan kerjasama Kelab Pelajar Proteam dan Pantri. Semoga inisiatif dan program seumpama ini menjadi titik tolak kepada semua pihak untuk memperluaskan lagi usaha ke arah menaik taraf ruang dan fasiliti di UTHM.

Aug 28,2025